Tuesday, December 3, 2019

Menara KT Drawbridge Kini Dibuka Untuk Kunjungan

Assalamualaikum w.b.t...

Pembukaan cerita tahun 2019..hehehe..padahal dah masuk bulan 12 dah pun 😞😞... Dek kerana sibuk, mama x sempat nak mengarang di dalam blog kesayangan ni.. 

Ok, kali ni mama nak bercerita tentang mercu terbaharu di bandar Kuala Terengganu ni, iaitu KT Drwabridge (DB) 💗.. Nama rasmi masih belum diumumkan.. Dekat DB ni, dia ada dua menara iaitu, Menara Selatan dengan Utara kalau x silap. Dan menara yang telah dibuka untuk kunjungan orang awam ni di sebelah Selatan ( sebelah Kuala Terengganu).

Hari pertama dibuka (15 September 2019), En Suami awal2 lagi mintak mama ambik cuti..katanya kena g rasmi, tkt lepas ni harga mahal lak...😅

So, pagi2 mama sempat dating dulu dengan abah lepas hantar anak2 g sekolah.Tengahari ambik diorang dan ke rumah Mak Mertua di Seberang Takir. Ajak Mak Tok skali datang naik menara walau dekat aje dengan rumah MIL tu. Dari rumah Seb Takir, kami parking kereta dan jalan kaki lalu bawah jambatan. Sebenarnya, kat bawah jambatan tu, ada tau tempat parking, tp agak terhad sikit lah. x banyak kereta dapat parking situ. Dari tempat parking tu boleh naik tangga naik ke atas jambatan. Then, jalan je atas jambatan tu sambil menikmati angin laut..best oo..dapat tengok bot n kapal lalu..Hafiy dgn Hijaz excited lebih.

 Pengunjung boleh jalan kaki je spjg jambatan. Masa ni agak berjerebu.



 Harga tiket untuk permulaan ni RM 5 untuk semua Warganegara. Bukan Warganegara, harga tiket adalah RM 15 untuk dewasa dan RM 10 untuk kanak-kanak. Macam kami hari tu pergi 8 orang. Hafiy dgn Hijaz x kena sbb dikira baby lagi. Orang masa tu ramai lah jugak.masing2 excited kot nak naikbenda baru..mcm abahnya 😜

Nt dia bagi tiket dan scan sebelum masuk

Tunggu nak naik lif.. ada dua lif x silap.

Wefie dulu..Emm..Hijaz pulak x nampak.

Jom Nikmati Pemandangan dari atas DB

 
Ni Menara sebelah Utara. Akan dibuka restoran kat sini..Nt boleh dating sambut anniversary ke 10 😆

Gambar ni elok cikit

 
Sayup Mata memandang

Dan Lagi
.
.
.
.
.
.
.

Wif Abang Hafiy dan Kakak Iftitah

Mama dan anak3

Abah dan anak3

Mama. Abah dan anak5. Iliya kalau bergambar selalu mcm2 😇

Bersama2 MIL a.k.a Mak Tok dan cucu5


Hmmm... sebab org kat atas dah mcam kurang sikit, kita teruskan sesi wefie 😀😀


Dan Lagi....



Hehehe..puas hati rakam kenangan..Anak2 kecik ni nak ikut lagi mak ayah g jalan2..harap besar2 nanti pun sama lah..

Kat sini jugak ada satu ruang yang kita boleh lalu atas kaca dia tu..Menara Tinjau x silap. Mama jenis penakut mmg x berani pun nak jalan atas tu..Kita akan dapat tgk air terus bawah kita dan pemandangan laut yang terbentang indah.. Subhanallah....

Ok lah, itu saja mama nak kongsi kali ni. Sebelum balik kita wefie sekali lagi berlatar belakangkan DB..hehehe.. So, kawan2 yang nak datang bercuti ke Terengganu tu, jangan lupa deh singgah kat Drawbdirge ini.. Rakamkan Kenangan Indah anda disini..



NEGERI CANTIK, BUDAYA MENARIK
INSYAALLAH ORANGNYA BAIK-BAIK 💗💗💗


Semoga Negeriku Maju, Berkat dan Sejahtera sentiasa di bawah pimpinan pemimpin yang adil dan bijaksana..

Till meet again. Bye









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...