Monday, February 4, 2013

Pregnant 1st vs 2nd???

Assalamualaikum wbt...

syukur alhamdulillah..cahaya untuk pindah tu nampaknya makin cerah..amin..walau x dapat duduk satu negeri, sekurang2nya hujung minggu dapatlah hubby datang jenguk anak2..nak buat macam mana kan..zaman sekarang ni bila dua2 keje, banyak perkara kena korbankan.. Bukan kami tak fikir masa depan, tp xpelah, bersusah susah dahulu bersenang-senang kemudian..insyaallah bila anak2 dah besar ckit nanti baru fikir nak balik tganu..hehe..sayang tinggal rumah lama2..

Apa beza masa pregnant first n second??? Emmm.. Memang dugaan betul2 berbeza time pregnant anak kedua ni.. Allah saja yang tau macam mana perasaan aku nak menghadapi semua sorang2 dengan suami jauh, family jauh..memang kena kuat semnagat betul2.. dulu time pregnant iftitah sekurang2nya family ada dekat..tp sekarang ni semua kena buat sorg2 n jadi betul2 supermom.. Tambah penat time iftitah tak sihat n kandungan aku makin membesar..bukan tak bersyukur ke apa..tp perasaan sebak tu akan ada time kita nak urus anak sorang2..org yang ada kat tempat aku akan faham apa yg aku rasa.. memang aku tabik spring la pada ibu2 yang berjauhan ngan suami n urus anak sorg2..teringat kat kak ipar aku, mana nak urus anak 4 org ngan abang aku keje offshore nya..haiii...bila kt kat situasi dia baru kt faham...

Tapi syukur hubby faham sangat keadaan aku..terima kasih abang.. banyak dah rasa perkara yang perlu kita korbankan kan?? sejak dari kahwin tak pernah lagi nak duduk sama lama2..sian abang..makan pakai semua kena urus sendiri.. insyaallah cuti bersalin lama nanti leh la syg spend lebih ckit masa ngan family kan.. ok..berbalik smule spt tajuk entry..huhu...

Dulu time mengandungkan iftitah aku sambung study..ke hulu ke hilir mama bawak kakak dalam perut mama ni pergi kuliah n lab.. sampai kuar2 dari perut mama ni pun suka sangat berkerut dahi tu..byk sangat ye fikir sayang..hehe..time adik ni, mama dah kene stat keje balik..ingat senang nak tukar tganu kononnya..last2 mama kena campak ke putrajaya ni... nama je best putrajaya ni, tp bagi mama xde life kat sini...ini pendapat peribadi mama..sbb nya sian kakak..balik dari rumah pengasuh terus kena masuk rumah balik, memang xde life langsung..mama sian tgk kakak..beza time duk kat kg..blh tgk air laut, blh naik motor jalan2..tp kat sini semua xde..sebab mama sorg2, x mampu nak bawak kakak..sorry sgt2 sayang... :(

Keje kat sini pun mama tak happy.. xde bonding macam keje kat kuantan hari tu..semua bersifat keakuan.. tambah plak mama kena masuk cawangan operasi, tp sebab perut mama memboyot, dpt excuse dari ikut diorg g operasi kat laut..hehehe...caya lah adik..(alasan x join operasi..huhu).

banyak dah aku duk merepek kat atas ni..tp xpe lah..sekadar pedoman aku pd masa2 akan datang... emm..sekarang kandungan dah masuk 35 minggu. But, lately kerap rasa false alarm..dgn perut mengeras nya..yang lawaknya aku rasa mcm tak ada pengalaman mngndung lagsung..x igt dah gane sakit bersalin dulu..kahkahka..teruk benor...harap2nya nanti dapat lah balik bersalin kat terengganu.. semoga Allah permudahkan semua urusan..amin...

K lah.. kat bawah ni aku tempek info berkenaan kandungan minggu ke 35.. anak mama dlm peyoot ni, duk baik2 tau..kuar bulan 3 nanti eh..

Berat bayi anda sekarang 5.25 paun / 2.4 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Anda mungkin dapat melihat siku, kaki atau kepalanya menonjol dari perut anda apabila dia mengeliat dan bergeliang-geliut. Tidak lama lagi, apabila dinding uterus dan abdomen anda meregang sampai menjadi nipis dan membenarkan lebih banyak cahaya masuk, bayi anda akan mula mengaturkan aktiviti-aktiviti hariannya secara berkitaran. 

Minggu ini si manja kecil sudah menunjukkan kuku-kuku jari dan mempunyai sepasang buah pinggang yang terbentuk sempurna. Heparnya sudah boleh memproses beberapa keluaran buangan. 

Cecair amnion semakin mengurang dan bayi lebih memenuhi ruang dalam uterus, yang telahpun berkembang seribu ganda saiz asalnya. Anda mungkin telah menambahkan berat badan anda antara 25 ke 30 paun / 11 ke 13.6 kilogram dan penambahan ini sampai memuncak pada minggu ini. Pusat anda pun sudah menjadi besar dan terbonjol keluar. Anda mungkin terasa agak sesak nafas sebab bahagian atas uterus anda telah naik dan mencecah tulang rusuk anda. Cuba ambil posisi merangkak atas tangan dan lutut jika mahu menarik nafas dalam. Walaupun tekanan ke atas pundi kencing anda menyebabkan anda kerap ke bilik air, jangan kurangkan minum air - bayi anda memerlukan banyak cecair. Tapi adalah baik jika anda mengurangkan minuman berjenis diuretik seperti teh dan kopi, sebab ia akan membuat anda kencing dengan lebih kerap


http://www.babycenter.com.my/a1044663/perkembangan-fetus---hamil-35-minggu#ixzz2Jzqucyzc

****oppps...aku still lagi suka minum teh..so, kena lah kurang kan dari sekarang...

k lah..jumpa lagi..penat membebel...

wassalam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...