~Ahlan Wasahlan~

selamat datang.......

Tuesday, September 20, 2011

cerita semester baru



Alhamdulillah..masih lagi diberi kesempatan utk bernafas di muka bumi mu ini Ya Allah...


sebelum terlewat, aku nak ucapkn selamat hari raya aidilfitri memandangkan masih dalam bulan syawal lagi..maaf zahir dan batin di atas salah dan silap yang pernah aku wat pada semua..
cerita raya tahun ni bsa jer..giliran beraya di rmh encik suami, tp slps zuhur trs balik rmh aku kat marang..hehe..x berebut sangat sbb satu negeri..tp still ada pertengkaran manja nak duk rmh mana lama2..hehe..adat lah kan..dan perkara ini jgk membuatkan aku n en suami x sabar2 nya nak ada rmh sendiri.. moga2 tahun2 akan datang dpt beraya kat rmh sndiri lak..leh manage kehidupan sendiri..
selamat hari raya aidilfitri.....

ok..semester baru dah pun mula minggu lepas (11 sept)..ni dah masuk tahun ke dua la..insyaallah kalau xde aral melintang dpt lah wat 2 tahun jer..dan bulan 6 thun dpn, abis..hehe..x sabar nya nak tggu saat tu tiba.. tp lps ni mesti rindu nak study balik..mesti punya lah..dan mesti rindu kat kawan2 seangkatan kt UMT tu, especially bdk2 group aku yg sgt2 best...

semester ni aku stay kat rumah mertua..memandangkan iftitah ada ni, jadi en suami suruh duk je kat sini, tmbahan lak xde org kat rmh ni..just mak, ayh n adik ipar..dan nak tak nak, time pergi kuliah terpaksa aku tggl kat mak mertua..x sampai hati gak sebenarnya, tp nak wat gane..nak bagi org lain jaga pun mcm x best kan.. tp mujur lah sem ni x brp nak padat sgt jadual..
boleh lah curi2 masa balik nyusu..yg pnting stock ebm aku akan ltk dlam peti ais dulu sblm tggl dia..tp ada jgk hari xde stock, trpksa lah minum susu lembu..sian anak mama...


dalam2 jadual x padat, sem ni aku n siti sya dah stat wat final year project..waaa..seram gak rasa ni..hopefully semua dipermudahkanNya..igt dulu xnak ambik tajuk ttg benda2 hidup.. skali bincang ngan ct sya, ktorg decide wat ketam..Mula2 nak wat ttg ketam nipah, tp pas jmpa supervisor, dicadangkan ketam renjong sbb tajuk yg ktorg nak tu dah ada org wat..so wat je lah.. ni pun baru ngah dlm proses siapkan proposal...time ank tido lah kena curi masa wat..penat gak kadang tu..tp nak wat mcm mana kan..terpaksa la berkorban demi ilmu... x lama lagi kami ber2 kena g ambik sampel kat johor lak sbb ketam tu byk kat sana jer..tp mcm best je projek ni..aku akan kerat mata ketam n kaji dia nyer tempoh bersalin kulit..interesting kan?? teknik ni dipanggil eyestalk ablation technique...nanti aku akn masukkan detail if ada org berminat nak
komersilkan blue swimming crab ni.. tp bl projek aku dah jalan n berjaya la..korang doakan yer..

ni lah ketam renjong @ blue swimming crab..

ok lah..masih byk keje aku kena satle ni sementelah anakanda iftitah sedang lena dibuai mimpi...
doakan aku utk present proposal sabtu ni yer..for those yg nak sambung study even ada anak, just go on dear..insyaallah boleh..Allah itu Maha Mengetahui akan hamba2 nya.. cekalkan hati n you can do it..

"Jika Kau Fikirkan Kau Boleh, Kau Pasti Boleh Melakukan"





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...