~Ahlan Wasahlan~

selamat datang.......

Friday, August 12, 2011

main masak2

Alhamdulillah..dah msk 13 hari berpuasa...

syukur gak sbb tahun ni berpeluang menjalani ibadah puasa ngan hubby..
tahun lepas duk hostel, puasa ngan roomate..puasa kali ni blh lah aku jadi tukang masak sepenuh masa..best sgt2 dpt try masak..ye lah sblm ni duk ngan mak, mana ada peluang nak masak sgt..just tlg2 potong bwg, ptong sayur jer..kali ni blh lah masak ala kadar pun..

byk gak dah resipi aku try..resipi pun byk dapat dari mak aku n ada gak skali2 cuba resipi dlm myresipi..mula2 puasa tu, hari-hari duk telefon mak aku tnya nak wat kuih camne..hahahaha..
kalu bab lauk2 biasa leh ar aku main campak2 je..tp kuih2 tradisi mmg aku x pernah wat lagi..
percubaan aku wat ok lah, mendapat pujian hubby..haha..dan dapat lah tekak aku ni nak telan..

ni antara kuih2 yang aku dah try wat..

apam gula hangus kau yang kucinta..


ni dari myresipi (tp aku ejas sndiri)

bahan2:
150 g gula & 100 ml air ~ dibuat gula hangus
70 g butter (aku guna marjerin jer) - cairkan
75 gm susu cair
1 biji telur -dipukul
150 g tepung (aku main hentam je.)
1 sudu teh bikarbonat soda
garam ckit
75 g gula (letak ikut suka hati)

cara2:
1. masukkan butter, susu cair & telur ke dlm gula hangus hok kt masak dah tu
2. dlm mangkuk lain, ayak tepung & soda. masukkan garam & gula
3. Masukkan campuran gula hangus tadi dan kacau sebati
4. masukkan ke dalam loyang yg diletak mrjerin ckit n kukus slma 30 minit..

kuih gulung ganu kiter a.k.a ketayap kot..huhu

pelbagai saiz...
bahan2: (resipi mak aku)
1. tepung gandum
2. sebiji telur
3.air
4. pewarna- aku ltk kuning

Cara2:
1. Masukkan tepung gandum, telur, air n pewarna.
2. biar adunan sedikit cair..
3. pastu senduk atas kuali n gelek lah sesuka hati..

(p/s: aku gelek x brpa nak jadi, last2 hubby gelek lagi comel dari aku wat..haha)

bahan2 inti:
1. Kelapa parut/mesin
2. Daun pandan sehelai doh
3. gula melaka (kalau nak warna perang) @ gula (kalau nak warna putih)
4. Air

Cara2:
1. didihkan air dan masukkan daun pandan
2. masukkan gula melaka @ gula n kelapa parut
3. masak hingga kering..
4..siap dah..leh letak inti dalam kulit yg dah siap td tu..

onde-onde bulat2 x brpa nak bulat a.k.a buah melaka - gambar xde

bahan2 : (pun resipi mak aku)

1. Tepung pulut
2. tepung beras a.k.a tepung demoh (org ganu pgil) sedikit jer ek..nt keras kejung lak
3. air daun pandan (blender)
4. air kapur 1 sudu
5. kelapa parut
6.garam

cara2:
1. bancuh tepung pulut, tepung beras, air daun pandan n air kapur n letak garam ckit
2. uli sehingga x lekat pada tangan
3. pastu bulat2 kan n masuk dalam air mendidih
4. apabila timbul, masukkan dalam kelapa parut yg dicampur sedikit garam..

puteri mandi iftitahku syg..

bahan2 n cara lebih kurang ngan onde2 jer..

bahan2:
1. Tepung pulut
2. tepung beras -sedikit sahaja, nak bagi cun2 bentuk dia
3. air kapur 1 sudu
4. pewarna

cara2:
1. uli tepung pulut dan tambah sdikit tpung beras
2. masukkan air kapur dan air serta pewarna
3. uli sehingga boleh dibentuk
4. bentuk bulat2 dan tekan di tengah2
5. rebus dalam air mendidih n tapis bl timbul..
6. pastu letak dalam inti..inti tu sama mcm kuih gulung (ketayap)..mlx s nak taip..

tok aji serban (haha..nama org kg aku pggil) a.k.a seri kaya
bahan2: (resipi mak)

1. 1 cawan beras pulut
2. santan (aku main anggar je)
3. garam (suka hati, jgn masin sgt pulut tu)
4. gula melaka
5. 4-5 biji telur

cara2:
1. rendam beras pulut lebih kurang 30 minit
2. pas tu basuh n toskan..
3. masukkan santan n garam ke dalam beras pulut tadi..sukatan dia cun2 dgn beras je..krg lembik lak..
4. kukus lebih kurang 15-20 minit
5. sementara tu, kat bekas lain, pukul telur, gula melaka dan kepala santan..
6. bila pulut dah masak, masukkan adunan telur yg dah siap dipukul tu..
7. kukus lebih kurang 20 minit @ hingga x lekat pada lidi..

(p/s: aku suka benor kuih ni..n baru leh wat sndiri..gambar x upload x dang nak ambik..nak beli kat bazar mmg mahal la sbb base dia telur)

ni lah antara kuih2 aku try buat, nak g beli jauh sgt..x kuasa aku nak naik kete semata2 nak cari kuih..lauk lak mmg hari2 aku masak..wat berbuka n wat sahur skali..

anakanda aku plak, alhamdulillah peel dia molek sgt2..sgt memahami mama dia berpuasa n nak masak..time aku nak masak, mesti dia nak tido..x pun aku pasang cite kartun, dia gelekek lah duk gelak sorg2..makin banyak akal anak mama ni sorg..haishh...cpt btl masa berlalu.dah 5 bulan dah iftitah... alhamdulillah gak susu pun banyak lagi..aku dah x bagi dah FM kat dia..dulu time ptikal je terpaksa bagi FM sbb susu yg dipam skit je nak hantar rmh pengasuh.. ni dah full time duk ngan aku, bagi direct je lah..tp aku akan pastikan kena pam gak skali shari n waktu malam bagi botol kat dia..karang x igt lak botol susu....hehehe..

bulan2 pose ni pun sempat lagi g jalan kat menara condong, dulu time x pose aku x kuasa nak g panjat menara tu..hari tu hubby ajak g, g gak lah sbb pas ni x tau lagi bila dpt dtg t.intan ni..pas raya smbung belajar lak..aii..malas btl rasa..tp kena cekal gak..lagi setahun nak abis..yeayea..
x sabar nak masuk keje balik....

k lah..pada sapa2 nak resipi tu, ambik lah..aku halalkan...(mcm lah ada, hehe)..ilmu x elok simpan..lagi pun tu resipi mak aku gak..tulis kat blog ni senang nt iftitah nak cari kalau2 aku dah xde kan..hehe..

k..selamat menjalani ibadah puasa semua..tingkatkan amal ibadat sempena bulan mulia ini...

kat menara condong, teluk intan


ank dara yg mkin membesar...

(p/s: rindunya nak wat terawikh kat surau mcm zmn muda2 dulu..tp dek batasan skrg, wat kat rmh je lah time ank tido..kpd sesiapa yg bujang n masa tgh free, wat lah terawikh tu..nt rasa rugi sgt2)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...