Tuesday, September 20, 2011

cerita semester baru



Alhamdulillah..masih lagi diberi kesempatan utk bernafas di muka bumi mu ini Ya Allah...


sebelum terlewat, aku nak ucapkn selamat hari raya aidilfitri memandangkan masih dalam bulan syawal lagi..maaf zahir dan batin di atas salah dan silap yang pernah aku wat pada semua..
cerita raya tahun ni bsa jer..giliran beraya di rmh encik suami, tp slps zuhur trs balik rmh aku kat marang..hehe..x berebut sangat sbb satu negeri..tp still ada pertengkaran manja nak duk rmh mana lama2..hehe..adat lah kan..dan perkara ini jgk membuatkan aku n en suami x sabar2 nya nak ada rmh sendiri.. moga2 tahun2 akan datang dpt beraya kat rmh sndiri lak..leh manage kehidupan sendiri..
selamat hari raya aidilfitri.....

ok..semester baru dah pun mula minggu lepas (11 sept)..ni dah masuk tahun ke dua la..insyaallah kalau xde aral melintang dpt lah wat 2 tahun jer..dan bulan 6 thun dpn, abis..hehe..x sabar nya nak tggu saat tu tiba.. tp lps ni mesti rindu nak study balik..mesti punya lah..dan mesti rindu kat kawan2 seangkatan kt UMT tu, especially bdk2 group aku yg sgt2 best...

semester ni aku stay kat rumah mertua..memandangkan iftitah ada ni, jadi en suami suruh duk je kat sini, tmbahan lak xde org kat rmh ni..just mak, ayh n adik ipar..dan nak tak nak, time pergi kuliah terpaksa aku tggl kat mak mertua..x sampai hati gak sebenarnya, tp nak wat gane..nak bagi org lain jaga pun mcm x best kan.. tp mujur lah sem ni x brp nak padat sgt jadual..
boleh lah curi2 masa balik nyusu..yg pnting stock ebm aku akan ltk dlam peti ais dulu sblm tggl dia..tp ada jgk hari xde stock, trpksa lah minum susu lembu..sian anak mama...


dalam2 jadual x padat, sem ni aku n siti sya dah stat wat final year project..waaa..seram gak rasa ni..hopefully semua dipermudahkanNya..igt dulu xnak ambik tajuk ttg benda2 hidup.. skali bincang ngan ct sya, ktorg decide wat ketam..Mula2 nak wat ttg ketam nipah, tp pas jmpa supervisor, dicadangkan ketam renjong sbb tajuk yg ktorg nak tu dah ada org wat..so wat je lah.. ni pun baru ngah dlm proses siapkan proposal...time ank tido lah kena curi masa wat..penat gak kadang tu..tp nak wat mcm mana kan..terpaksa la berkorban demi ilmu... x lama lagi kami ber2 kena g ambik sampel kat johor lak sbb ketam tu byk kat sana jer..tp mcm best je projek ni..aku akan kerat mata ketam n kaji dia nyer tempoh bersalin kulit..interesting kan?? teknik ni dipanggil eyestalk ablation technique...nanti aku akn masukkan detail if ada org berminat nak
komersilkan blue swimming crab ni.. tp bl projek aku dah jalan n berjaya la..korang doakan yer..

ni lah ketam renjong @ blue swimming crab..

ok lah..masih byk keje aku kena satle ni sementelah anakanda iftitah sedang lena dibuai mimpi...
doakan aku utk present proposal sabtu ni yer..for those yg nak sambung study even ada anak, just go on dear..insyaallah boleh..Allah itu Maha Mengetahui akan hamba2 nya.. cekalkan hati n you can do it..

"Jika Kau Fikirkan Kau Boleh, Kau Pasti Boleh Melakukan"





Friday, August 12, 2011

main masak2

Alhamdulillah..dah msk 13 hari berpuasa...

syukur gak sbb tahun ni berpeluang menjalani ibadah puasa ngan hubby..
tahun lepas duk hostel, puasa ngan roomate..puasa kali ni blh lah aku jadi tukang masak sepenuh masa..best sgt2 dpt try masak..ye lah sblm ni duk ngan mak, mana ada peluang nak masak sgt..just tlg2 potong bwg, ptong sayur jer..kali ni blh lah masak ala kadar pun..

byk gak dah resipi aku try..resipi pun byk dapat dari mak aku n ada gak skali2 cuba resipi dlm myresipi..mula2 puasa tu, hari-hari duk telefon mak aku tnya nak wat kuih camne..hahahaha..
kalu bab lauk2 biasa leh ar aku main campak2 je..tp kuih2 tradisi mmg aku x pernah wat lagi..
percubaan aku wat ok lah, mendapat pujian hubby..haha..dan dapat lah tekak aku ni nak telan..

ni antara kuih2 yang aku dah try wat..

apam gula hangus kau yang kucinta..


ni dari myresipi (tp aku ejas sndiri)

bahan2:
150 g gula & 100 ml air ~ dibuat gula hangus
70 g butter (aku guna marjerin jer) - cairkan
75 gm susu cair
1 biji telur -dipukul
150 g tepung (aku main hentam je.)
1 sudu teh bikarbonat soda
garam ckit
75 g gula (letak ikut suka hati)

cara2:
1. masukkan butter, susu cair & telur ke dlm gula hangus hok kt masak dah tu
2. dlm mangkuk lain, ayak tepung & soda. masukkan garam & gula
3. Masukkan campuran gula hangus tadi dan kacau sebati
4. masukkan ke dalam loyang yg diletak mrjerin ckit n kukus slma 30 minit..

kuih gulung ganu kiter a.k.a ketayap kot..huhu

pelbagai saiz...
bahan2: (resipi mak aku)
1. tepung gandum
2. sebiji telur
3.air
4. pewarna- aku ltk kuning

Cara2:
1. Masukkan tepung gandum, telur, air n pewarna.
2. biar adunan sedikit cair..
3. pastu senduk atas kuali n gelek lah sesuka hati..

(p/s: aku gelek x brpa nak jadi, last2 hubby gelek lagi comel dari aku wat..haha)

bahan2 inti:
1. Kelapa parut/mesin
2. Daun pandan sehelai doh
3. gula melaka (kalau nak warna perang) @ gula (kalau nak warna putih)
4. Air

Cara2:
1. didihkan air dan masukkan daun pandan
2. masukkan gula melaka @ gula n kelapa parut
3. masak hingga kering..
4..siap dah..leh letak inti dalam kulit yg dah siap td tu..

onde-onde bulat2 x brpa nak bulat a.k.a buah melaka - gambar xde

bahan2 : (pun resipi mak aku)

1. Tepung pulut
2. tepung beras a.k.a tepung demoh (org ganu pgil) sedikit jer ek..nt keras kejung lak
3. air daun pandan (blender)
4. air kapur 1 sudu
5. kelapa parut
6.garam

cara2:
1. bancuh tepung pulut, tepung beras, air daun pandan n air kapur n letak garam ckit
2. uli sehingga x lekat pada tangan
3. pastu bulat2 kan n masuk dalam air mendidih
4. apabila timbul, masukkan dalam kelapa parut yg dicampur sedikit garam..

puteri mandi iftitahku syg..

bahan2 n cara lebih kurang ngan onde2 jer..

bahan2:
1. Tepung pulut
2. tepung beras -sedikit sahaja, nak bagi cun2 bentuk dia
3. air kapur 1 sudu
4. pewarna

cara2:
1. uli tepung pulut dan tambah sdikit tpung beras
2. masukkan air kapur dan air serta pewarna
3. uli sehingga boleh dibentuk
4. bentuk bulat2 dan tekan di tengah2
5. rebus dalam air mendidih n tapis bl timbul..
6. pastu letak dalam inti..inti tu sama mcm kuih gulung (ketayap)..mlx s nak taip..

tok aji serban (haha..nama org kg aku pggil) a.k.a seri kaya
bahan2: (resipi mak)

1. 1 cawan beras pulut
2. santan (aku main anggar je)
3. garam (suka hati, jgn masin sgt pulut tu)
4. gula melaka
5. 4-5 biji telur

cara2:
1. rendam beras pulut lebih kurang 30 minit
2. pas tu basuh n toskan..
3. masukkan santan n garam ke dalam beras pulut tadi..sukatan dia cun2 dgn beras je..krg lembik lak..
4. kukus lebih kurang 15-20 minit
5. sementara tu, kat bekas lain, pukul telur, gula melaka dan kepala santan..
6. bila pulut dah masak, masukkan adunan telur yg dah siap dipukul tu..
7. kukus lebih kurang 20 minit @ hingga x lekat pada lidi..

(p/s: aku suka benor kuih ni..n baru leh wat sndiri..gambar x upload x dang nak ambik..nak beli kat bazar mmg mahal la sbb base dia telur)

ni lah antara kuih2 aku try buat, nak g beli jauh sgt..x kuasa aku nak naik kete semata2 nak cari kuih..lauk lak mmg hari2 aku masak..wat berbuka n wat sahur skali..

anakanda aku plak, alhamdulillah peel dia molek sgt2..sgt memahami mama dia berpuasa n nak masak..time aku nak masak, mesti dia nak tido..x pun aku pasang cite kartun, dia gelekek lah duk gelak sorg2..makin banyak akal anak mama ni sorg..haishh...cpt btl masa berlalu.dah 5 bulan dah iftitah... alhamdulillah gak susu pun banyak lagi..aku dah x bagi dah FM kat dia..dulu time ptikal je terpaksa bagi FM sbb susu yg dipam skit je nak hantar rmh pengasuh.. ni dah full time duk ngan aku, bagi direct je lah..tp aku akan pastikan kena pam gak skali shari n waktu malam bagi botol kat dia..karang x igt lak botol susu....hehehe..

bulan2 pose ni pun sempat lagi g jalan kat menara condong, dulu time x pose aku x kuasa nak g panjat menara tu..hari tu hubby ajak g, g gak lah sbb pas ni x tau lagi bila dpt dtg t.intan ni..pas raya smbung belajar lak..aii..malas btl rasa..tp kena cekal gak..lagi setahun nak abis..yeayea..
x sabar nak masuk keje balik....

k lah..pada sapa2 nak resipi tu, ambik lah..aku halalkan...(mcm lah ada, hehe)..ilmu x elok simpan..lagi pun tu resipi mak aku gak..tulis kat blog ni senang nt iftitah nak cari kalau2 aku dah xde kan..hehe..

k..selamat menjalani ibadah puasa semua..tingkatkan amal ibadat sempena bulan mulia ini...

kat menara condong, teluk intan


ank dara yg mkin membesar...

(p/s: rindunya nak wat terawikh kat surau mcm zmn muda2 dulu..tp dek batasan skrg, wat kat rmh je lah time ank tido..kpd sesiapa yg bujang n masa tgh free, wat lah terawikh tu..nt rasa rugi sgt2)



Thursday, June 30, 2011

after 3 months...

Assalamualaikum..

lepas 3 bulan, baru dapat mama botakkan kepala kamu iftitah.. sorry my dear..masa hari ke 7 mama cuma ptong rambut kamu ckit sbb mama x berani..nak wat kenduri akikah, abah dah masuk keje.. Insyaallah ada rezeki dan diizinkan Allah, kt wat akikah raya haji nanti ye..

mama pun mggu depan dah abis prktikal..x payah dah hntar iftitah rumah mama eita...sian ank mama kan, kena tggl kat rmah org....pasni leh kt manja2 dua bulan..x sabar nya.. tp pasni, jgn xnak g ngan org lain lak ye...

harap2 nya anak mama ni cepat2 dapat meniarap..n dah nmpak usaha ke arah tu, cuma malas je kamu ni ye..

jom lah layan gambar..xde idea dah..bye..

mcm model brg2 baby jer..hahaha..lapik kepala ngan iklan brg baby..

duk diam2..abh nak cukur kpla tu..


Muka saya yg bulat selepas dicukur...

macam boy lak saya ni mama..

saya sambut birhday mama saya...

best sgt kek ni..double choc..


Monday, June 6, 2011

Our First Anniversary

Alhamdulillah..usia perkahwinan kami dah menginjak setahun 4 jun baru ni..rasa mcm baru smlm kami diijab kabulkan....cepat btl masa berlalu..dan syukur juga ke hadrat Mu Ya Allah kerana tlh kurniakan kami seorg puteri, penyejuk hati kami…Nur Iftitah Saqeenah…

saya dah nak masuk 3 bulan.....

Buat suamiku, Mohd Khairul Effendi..smg ikatan ini bertambah utuh dan semoga kt sentiasa bersabar dalam mengharungi liku2 kehidupan berumah tangga.. juga smga hidup kita sentiasa di rahmati oleh Yang Maha Esa…


tang sambut anniversary ni, leh kira seprise gak ler..aku beli kek yang "terbaik" dari Nora's Delight kat K.Kangsar ni..leh ar aku wat seprise ckit coz kena g beli sndiri n bwk balik t.intan trs... ponteng dr praktikal awl ckit, so, kul 2 brtlk dari KK n g ambik kek..sampai TI kul 5.. sedan elok hubby balik keje...hehehe..tp x seprise mana gak lah, dia tgk dah aku bwk kotak kek...hehehe.. mlm hubby x kasi masak, ajak makan western..cewah...balik baru potong kek ngan hubby n iftitah...

walau simple jer, tp happy sgt2... syg sgt2 both of you... smg perkahwinan kita ini sentiasa mawwaddah warrahmah..

k lah..next time jmpa lagi..bye...


Wednesday, May 18, 2011

our journey to perak...

Assalamualaikum...

baru dpt post entry ni..pd hal dah 2 minggu dah sampai di bumi perak ni.. alhamdulillah dapat gak duk ngan hubby walau sekejap je..erm..kami bertolak dar tganu selasa lepas, lalu ikut gua musang-lojing-gua musang- tapah-teluk intan-hutan melintang..jauh betul perjalanan..nasib lah iftitah x meragam dalam kete..tido je sepanjang pejalanan..

abh sy tgh drive.....

sempat gak singgah kat cameron highland kejap..tahun lepas dtg sini, iftitah dalam perut lagi waktu tu..2 ke 3 bulan..hehehe..ni saja dtg nak makan waffer strawberry..hahaha..hubby aku nyer keje lah..rajin sgt dia nak naik ke CH ni..kalu ikut aku, maleh weih..g CH, singgah beli syur kjp sbb cadang nak wat nasi ayam, n terus je g kat strwberry farm tuh..yg x best nya..tgh ttgu nak makan, mengamuk sakan lah si iftith tu..aduih..cuak gile mama dia ni..abh dia lak g order..kena handle sorang2..dah lah nangis kuat..mujur x ramai org.. dia ni kalau nak isap susu, x nyempat2.. aku ni lak, dah nak travel mls nak pam, bagi direct jer..dah dapat direct susu tu trs lah dia syp n tido..aiii..ank bertuah ni...kt bawak g jalan2, dia nak ngis lak..
mama dia pun satu kan..anak kecik dah jalan dah..eh...aku singgah je tau..bukan semata2 je g situ... then, dia bgun balik n dapat lah tgkap gambar budak pas nangis ni...


mama iftitah n abah...

dtg CH lepaskan hjt abh nak mkn waffer strawbery...

pastu kami turun ikut tapah..perhh..pening kepala aku..dah la jalan sempit.. sampai kat rmah hubby kul 7 lebih..sblm mgrib...seminggu duk rmh jadi suri rmh n tukang masak..best sgt.. duk ngan hubby n iftitah...baru lah merasa lengkap hidup ni..hahaha..tp sekjap je pun, 2 bln jer..

minggu lps dah stat prtikal kat enggor, kuala kangsar, perak..aku duk ngan siti, mber kustem n dof dulu..pjj gak lah ngan hubby..tp hjung minggu, aku n iftitah balik teluk intan lah..dkt ckit abah dia nak jmpa anak kan...iftitah lah wat masa ni hantar rmh pengasuh..alhamdulillah dpt pengasuh yg baik n jaga anak aku baik2..n yg penting terima susu yg aku pam tu..syukur sgt2... iftitah pun alhamdulillah x meragam n x nangis.. hjg mggu baru ni balik t.intan, dtg sini balik aku drive..nasib spnjg jalan iftitah x nangis.. tido je dia..mama dia leh lah drive dgn tenang..hehehe..

sy dlm car seat sbb abh lum beli buai...

k lah..bosan lak..keje bagi makan kt arowana dah satle..aduii..mcm mana lah nak bagi mkn ulat ni..aku dah le geli..tolong weihh..hahaha..

k..adios..salam

Monday, April 25, 2011

dah abis pantang....


assalamualaikum..
my princess-Nur iftitah saqeenah

hari ni dah hari ke 51..dah dkt smggu abis pantang..mencabar iman gak berpantang ni..huhu..byk mkanan yg xleh makan..terliur je lah tgk org makan..huhu...

perkembangan iftitah, makin hari dah makin pandai anak mama ni..dah pandai kalu org agah dia..dah pndai nak cakap2 ngan kt..paling dia suka, time nak mandi...mmg excited tgk muka..time mandi mmg x nangis langsung...siap dah mndikan dia ngan air paip direct lagi... haha..kena ajar lasak ckit..ermm..hari tu masa sebulan, g cucuk dia kat klinik keluarga gak..mls aku nak berasak kat klinik kerajaan..bukan sombong ke apa..tp malas nak tunggu..byk sgt prosedur..dah tu mak kena cek, ank pun kena cek..sudahnya, g private senang...hehehe..x byk kerenah.. hari tu sebulan berat dia 4.3 kg..kuss..semangat betul anak mama ni..dlm perut kecik jer dia..besar kat luar.. body skrg ni berketul2..beruas2..haha..berat btul nak pangku terutama time mandi n nyusu...skrg ni aku rasa dah almost 5 kg kot..berat tang pipi tu..hahaha..ramai yg cubit pipi dia, tu jadi makin labuh..sian anak mama...

(body yg dah berketul2 ni...)

abah lak, still kat perak..sian abh..jauh ngan iftitah..xpe abah..sabar ye..nt bulan 5 blh lah kita duk sama2..mama ptikal kat perak, pas ptikal cuti lak 2 bulan..best2...

mama still ada 2 paper utk final..alhamdulillah nasib sempat nak ambik final n sihat dah badan ni..3 paper dah lepas..alhamdulillah, dapat gak lah jawab..tawakal lak lah gane2... tq kat semua lecturer sem ni sbb sporting bagi pelepasan x attend kuliah sebulan..tp mgkin lah markah kehadiran kurang ckit..xpelah..hopefully result sem ni ok n dapat dekan lagi..amin..



p/s: best ada baby ni..tiap2 masa rasa nak bersama dia sokmo..


Sunday, March 13, 2011

New Life Begin....

Assalamualaikum wbt...

"Entry kali ni sekadar berkongsi pengalaman aku sbg ibu nak bersalin anak sulong..mtk maaf jika ada bahasa yg mungkin mengguris hati insan2.. entry ni gak skdr tmpat utk aku jadikan kngan nak tunjuk pada baby kami nanti....."

Alhamdulillah dah selamat aku melahirkan baby sulung kami.. Allah dah permudahkan semua untuk aku..syukur sgt2.. 7 hb mac 2011, aku dah selamat melahirkan seorang puteri ke dunia ni.. baru tau mcm mana sakitnya mak aku nak lahirkan aku kat dunia ni..ni baru merasa pengalaman bersalin..memang sakitnya, Allah saja yang tahu..tp alhamdulillah aku sakit x lama.. pergi pusat bersalin kul 9 lebih..terus admitted ward..then kul 12.57 pagi lahir lah puteri kami..

perjalanan utk aku lahirkan baby ni alhamdulillah mmg mudah..sebagaimana perancangan dan doa kami suami isteri x putus2 mtk dimudahkan semua, Allah memang kabulkan semua doa kami...
aku sempat utk ambik test..mcm aku dah janji ngan baby, suh kuar hari isnin..memang dia kuar hari isnin..hehehe..sempat aku ambik test biotek malam sebelum tu..dah sakit main2..tp ingt contraction biasa...pastu pagi ahad, still bawak kete n g kampus utk test islam dan ideologi.. time jawab test dah sakit kuat2 setiap 15 minit..hehehe..tp syukur x terberanak dalam tu..hehe..time balik, drive dah x sdp hati dah..kuat naluri aku kata aku akan bersalin hari tu..mmg dah bg tau hubby awal2 lagi suh dia balik..dia balik dari Perak kul 9.. perjalanan pun dah 7-8 jam.. mmg aku doa smg hubby sempat sampai sblm aku sakit kuat...

kul 4 lebih,,sakit makin kuat..dah lah duk rmh mil..syukur hubby sampai dkt asar.pas magrib ajak hubby g klinik..ms ni dah kuat ckit sakit..stiap 10 minit dah..tp sempat lg singgah sabasun g beli brg2 prepare klu2 kena masuk wad..g klinik, nurse tu pun pelik tgk aku..dia tnya dtg wat pe...hahaha..nk gelak aku rasa..aku bg tau nk bsalin kot..dia tnya ada kontraksi x..aku kt ada, stiap 10 minit..tp yg aku pelik, smpai klinik, xde lak kontraksi..tu konfius..then, nurse tu call doktor..aku masuk jap bilik bsalin sbb dktor nk cek jalan..ngeri gak time cek jalan tu sbb dah ada pglaman kene seluk time kat klinik desa hari tu..hehe..tp smooth je dktor tu wat... dia cek dan bagi tau dah buka besar..5 cm dah..huhu..gabra aku..then doktor tu pecahkan ketuban..time tu ok lg..x rasa sakit mana..

pastu aku kena masuk wad n tukar baju aku yg comel tu ngan baju utk bsalin...masa kt bilik dah mula rasa kontraksi kuat stiap 5 minit.. time x sakit leh lagi gurau2 ngan hubby..time sakit..aku rasa dgr org cakap pun rasa nak marah jer..sian hubby aku...kul 11.30 mmg aku rasa x tahan sgt..sakit sgt2..suh hubby tekan butang panggil nurse..tp x dtg2..last2 hubby kuar panggil nurse.. dia dtg, aku suh cek jalan gak sbb dah x tahan sgt..so, kami ke labour room..time ni dia cek dah x rasa sakit dah..fikir nak beranak je cepat2...cek punya cek dah 7 cm..mmg cpt sgt buka jalan...
kul 12.30 gitu lah aku mmg x tahan sgt2..masa ni hanya Allah saja tau sakit dia.. nak putus nyawa setiap kali dtg kontraksi..mmg stiap kali sakit aku sebut nama Allah je..baca doa Nabi Yunus x putus2..hubby masuk n masa n mmg aku abis tnga duk pgg tgn dia tahan sakit.. aku bagi tau nurse, rasa mcm nak teran sgt2..dia ckp tggu dulu..dia cek jalan dah 10 cm..trs call doktor suh turun...

aku x sdr kul brp stat teran.. dlm labour room tu ada 4 org jer..doktor, 2 nurse n hubby.. ms nak teran tu blh rasa ngatuk yg amt sgt..nurse tu ckp mmg gitu... time kontraksi, doktor suh push..mcm pasukan sorak dalam tu suh aku push..hahaha..ngan hubby aku skali... ntah kali ke berapa teran, aku mcm dah x larat..pastu hubby bagi tau dah nmpak kepala..masa ni lagi smgt nak tgk baby..then kul 12.57 pagi, lahir lah baby kami...masa ni dia x nangis..aku tnya hubby knp bb x nangis...aku lak nak nangis fikir mcm2..hubby bg tau doktor ngah bersihkan dia..tgh sedut semua bhn2 dari mulut dia...lega rasa...tp bertambah lega n x sakit bila uri kuar...Alhamdulillah syukur...

pastu dpt lak pengalaman kena jahit..waduh..ngeri...seriau setiap kali masuk jarum utk jahit..tp doktor dah bius..kalu x bius, mau menggelupur kat situ... doktor cakap x byk jahit sbb dia x gunting.. tp nt dia suh jaga elok2..jgn lasak2..hehe..

k lah dah panjang lebar bercerita..ni gmbar baby kami yg sgt2 comel k..smg Nur Iftitah Saqeenah jadi anak yang solehah..amin...

jgn jeles..sempat lagi posing sblm balik rumah..hehe..

anak abah ni..dgr cakap ye....

pagi baru leh tgk baby...teharu sgt2 pgg baby sendiri....

ini saya...baru je tgk dunia...

satu perasaan yg sgt indah dpt tgk baby....

Sunday, February 20, 2011

tanda-tanda bersalin???

salam...

skrg aku duk tgh konfius tanda2 nak bersalin..skrg almost 36++ weeks ikut due scan, tp ikut due peroid, dah masuk minggu ke 38..skrg ni pun dah rasa mcm2...perut ni slalu je ngeras..stat semalan rasa kontraksi kuat sgt2..anak sulong ni x reti gak nakwat mcm mana... smlm aku just assume kembong perut..haha..kesnya xleh nak jalan bl dia wat ngeras tu...

hari ni lak baby stat wat ngeras time dlm kuliah..aiihh..menahan kesakitan aku..x tau benda apa dah lec tu ajar.. nasib pastu kjp hilang..tp balik dari kuliah tu, makin kerap..ni ke ek tanda2 nak bersalin?ct sya bg tau dl dia kuar air ktuban..pastu dia deliver on time..mcm aku ni, x tau lah..kot2 false contraction je kot...tp kena get ready lah...

ttg tanda2 lain, mmg dah rasa perut ringan dah..cuma nak jalan ar sakit...pastu sll nak pee pee..hehe..time x ngandung pun aku mmg kerap ke toilet..ni makin lah kerap..sll gak poo poo.. kalu g toilet msti ar lps hjt..hihi..perasaan sjrg ni bercampur baur..risau ada,..happy ada..sedih pun ada..just leh bagi tau dari jauh je kat hubby aku ngah sakit..sedih kan..kalu dia ada dekat xpe lah, leh ajak g klinik in case apa2..for this moment just harap pd ct sya n adik2 cos aku ni.. ala..sedihnya rasa..tp kena kuat smgt... kalu aku bsalin masa terdekat ni, doa2 kan aku erk korang..mtk maaf kalu ada terkasar bhasa @ menyinggung perasaan spjg aku berblogging ni...

wassalam



Thursday, February 17, 2011

preparation....

Assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah masih lagi diberi kesihatan yg baik oleh Allah swt hingga hari ni.. minggu lepas dapat lah spend masa 4 hari ngan husband..sian dia..dapat balik kejap jer..balik lak nt time nak bersalin.. mintak2 lah sempat dia balik teman aku..4 hari tu full dengan aktiviti yg dah dirancang..hehe..tp aku still kena g kuliah mcm biasa..kesian gak kat dia..dah lah cuti ckit jer, aku lak kena g kuliah..pulak tu straight 3 hari ada kuliah malam..mmg penat sgt2 rasa..tp nasib rmh mil pun x jauh sgt.. hari isnin xde kuliah, jadi boleh lah ambik kesempatan g scan n booking nak bersalin...

pagi2 dah g klinik kluarga..dah telefon sehari sblm tu tnya Dr tu ada x..nasib dia ada, sbb senang nak booking semua..tiba time aku, dia scan tgk baby ok tak..syukur semua ok..kepala dah kat bawah..dan dia scan utk pastikan berat baby..2.47 kg..hehe..kecik je aku kata..tp dia kata utk 35w dah ok..sbb ikut dia pnya scedule berat bsa dalam 2.0 kg jer..Dr tu cakap perut aku kecik jer, tp mungkin jenis padat..maksudnya, hanya baby n air ketuban yg cukup2... dia ada cakap lagi, x kira lah waktu mana sakit, datang jer kat klinik..tp kalu dah sampai due date tu x bersalin lagi, dia suh dtg gak nak cek jalan..dia kata kalu induce nanti sakit..waaa...takut nya rasa..mtk2 baby ni kuar awal ckit yer..jgn lepas dua date ye baby....

pas tu kami g cari2 barang baby kat area KT..tgk gak Kiddi House,aku baru perasan ada kedai ni kat KT..haha..ye lah..dulu2 duk kuantan, mana nak tau..lagi pun x prgenant lagi..wat apa nak survey..ni dah ada keperluan kita pun berubah lah ke arah yg sepatutnya..harga ada yg ok ada yg mahal gak lah..tgk2 stroller ngan car seat..ni dua2 benda mmg keperluan nt sbb mmg aku kena bawak baby naik kete nt time ptikal...dan ada dah yang berkenan kat situ..tp tunggu dulu lah..pas abis pantang nanti baru g beli..ni save dulu duit..guna utk yg penting dulu... mmg byk rupanya duit yg perlu utk bersalin ni....walau mcam mana pun, insyaallah..ada lah rezeki anak tu...

erm..baju2 baby semua dah siap basuh..dan skrg dah siap packing utk beg bawak g bersalin... pas ni dah kena masuk dalam bonet kete... hari2 aku duk menghitung hari..aiii..x sabar nya mama nak jmpa ngan baby...apa pun kena get ready walau kat mana berada..mgkin nanti aku akan sakit kat hostel ke..hehe..jgn kuar air ketuban time dalam kuliah dah...mtk2 lah Allah bagi kemudahan kepada aku ni... Skrg ni still diberi kekuatan nak g kuliah..dan semoga sampai ke saat akhir nak bersalin aku diberi kekuatan... Doa2 gak smg hubby dapat balik tepat pada masanya...amin.....
effect xnak nampak gemuk..haha..my weight was gain to 60++++

baju baby yg dlm proses dibasuh...

k..bye...



Tuesday, February 8, 2011

baby updates for week 34++

Salam...

Alhamdulillah..skrg kandungan dah masuk 34 minggu..baru jer balik dari KD utk check perut..alhamdulillah semua ok..berat pun dah mcm statik dah, x gerak mana dah..tp cecah lah angka 60..hehe..xpenah seumur hidup aku berat 60 lebih..tp xpe lah..yg penting anak sihat...
td lambat gak ler nak leh ke cek perut tu..kesnya ada nurse baru kat situ..adui..lambat lak wat keje..dia duk cakap, tgn berenti nulis..geram lak rasa..pd hal bukan ramai patient pun..sorg jer..tu pun aku igt perancang kluarga kot..sbb hari ni mmg bukan hari utk cek perut..aku jer dpt special kes dtg hari ape2 jer aku suke..hehe...best2..x yah berebut ngan org...
time cek jantung bb, nurse tu ckp, laju ckit..dia ada tnya kul brp aku last makan..hehe...biasa ar..hidup sbg student ni..makan pagi n tghari kita rangkum skali jer kes nak jimat n x dang masa... aku bagi tau lah aku last makan kul 11..dia ckp baby aku tgh lapar..haha..kejam btl lah mak dia ni..ptut lah aku rasa dari td dah dia duk menendang aku...hahaha...

Ok..skrg kira tunggu masa je lah aku nak deliver..tp harap2 cukup lah 37 mggu ke atas.. tawakal je lah suami aku ada ke xde kat sisi aku nanti..cuma mampu doa jer harap2 dia ada dan dimudahkan semuanya... next week igt nak g private clinic utk booking..kbtlan hubby balik kg, leh lah g cek kedudukan uri n semua yg berkaitan... ttg persiapan lain, ada lagi lah x beli ckit2..next week gak aku beli semua..baju baby semua dah basuh n dah pack siap2..cuma x masuk lagi dalam bonet kete...aku ni, sehingga ke hari ni still bawak kete lagi ke mana2..haha... ye lah..xkan nak harap org kan..kt nak g kuliah apa..just drive jer..nasib myvi..so xde lah seat dia rendah, dan aku x lah rasa sesak perut sgt...cadang2 nak berulang nanti bulan 3 dari rmh mak mertua ke kampus..erm..dlm 15 minit gitu lah...takut gak, duk hostel karang tiba2 sakit tgh malam, ha...naya aku...hihi..


skrg study dah stat sibuk giler dah...assignment melambak dah dtg..wat lah slow2...n mula gak aku mikir nak mtk mc nanti...kalu universiti ni aku yg punyer xpe..suka hati aku jer bila nak cuti bsalin..mybe nanti pun x berpantang mana..sian kan aku...harap2 cpt2 lah sihat nanti... skrg ni kira perut tu nampak lah mcm pempuan pregnant..g bilik air pun org mcm pandang semacam jer...(nape??? ada hutang ek? mmg aku prgnant pun..tp ada suami tau....) hehe...nak jer bagi tau gitu.. baru ni pun dgn berdoyot2 mcm ni aku still turun kolam nak ukur kolam..dasyat kan..haha..sudahnya, balik tu sakit jer perut..mlm lak ada lab dari kul 8 smpai kul 12 ml..byg kanlah mcm mana..mmg dlm lab tu aku rasa dh ngeras semacam dah perut aku ni..bimbang gak takut terberanak lak...balik dari lab, xleh nak tido lak..hai..lagi risau..nasib lah x lama pastu hilang..mgkin baby aku ni penat kot seharian belajar....harap2 kuar nanti jadi org pandai lah..9 bulan aku bawak g kuliah..hehe...

cukup lah aku merepek kat sini...next time update lagi... hrp2 nya x branak lagi sampai tiba due dia 18 mac nanti...

adios.........wassalam

Friday, January 28, 2011

Exclusive Breastfeeding vs Formula Milk???

salam...
Entry kali ni ilmiah ckit lah kot..hehe..aku still confuse n teragak2 nak fully BF ke atau nak campur2...kena fikir kebaikan dan keburukan dari segala aspek... ye lah...takut gak, nanti kalu fully BF, nak tinggal baby time g study ke jadi problem lak kat pengasuh tu...tp kalu dpt org yg leh consider ok lah kan...kalu nak BF, kena beli byk gak lah peralatan mcm BF pump n mcm2 lagi.. so far, aku ada gak lah survey online benda2 alah tu..ada gak lah berkenan kat set Medela.. harga pun quite ok lah sbb satu set lengkap...aku survey brg2 ni kathttp://www.onebabyworld.com tp mgkin beli yg manual jer kot, kan beli yg eletrik tkut aku x guna jer nanti...
ni pakej set BF..ok kot price..tp kena tgk gak yg lain...

tp tgk keaadaan dulu gane nanti...sbb nanti bulan 5 dah kena wat praktikal..igt nak wat kat Perak jer..senang ckit..dekat ngan hubby..sian gak dia nanti kalu asyik berulang jer...biar lah aku duk kat sana..sekurang2 nya nanti leh lah hubby dekat ngan anak dia..insyaallah.... ermm..dari pembacaan aku kat majalah Pa&Ma,edisi lama dah..haha..dulu beli time awal2 pegnen jer, tp baru skrg nak mendalami..dulu baca mcm xde makna pun... byk sebenarnya kebaikan susu ibu ni... kat bawah aku kongsi ckit info ttg BF:-

Kebaikan utk ibu:-
  • Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
  • Menjarakkan kehamilan scr semulajadi mll Lactitional Amenorrhea Method (LAM)
  • Mengurangkan risiko kanser payudara, ovari dan uterine (pundi kencing)
  • Mengurangkan risiko penyakit osteoperosis
  • Membantu ibu kembali ke berat badan asal selepas melahirkan bayi (ni yg best)...
  • mengeratkan kasih syg antara ibu & anak
Kebaikan utk bayi:
  • Kandungan kolostrum dlm susu ibu yg awal merupakan sumber imunisasi pertama bayi
  • Mengurangkan masalah alergi
  • mengurangkan masalah sistem penghadaman
  • membekalkan zat2 dan juga sumber nutrisi utk tumbesaran optimum
  • mengurangkan risiko obesiti dan diabetes utk bayi apb dewasa kelak
  • kajian menunjukkan bayi yg menyusu bdn mempunyai perkembangan daya intelek lebih baik. ( bagus kan.....)
ok...ni je lah info yg mungkin leh aku kongsi ngan semua..

p/s: skrg ni tgh blurr gak nak pilih set lepas bersalin.. ada cadangan x???

Tuesday, January 25, 2011

Permintaan di kabulkan….

Salam semua…

Alhamdulillah aku syukur kat Allah sbb dah byk memudahkan urusan kami…hubby dapat gak tukar ke semenanjung ni. Tp still jauh lah..kat Perak…tp nak wat mcm mana kan..ikut jer lah sbb dah nama makan gaji ngan org kan…lain lah kalu keje sendiri..duk jerk kat rumah PIL.. seminggu dia cuti dapat lah spend masa byk ckit..tp agak letih sbb terpaksa berulang alik ke kelas.nasib rumah PIL dalam 15 minit je ke kampus..boleh lah lama2 ckit ngan hubby…

Perkembangan baby….. ermm..hari tu skali lagi g klinik klrga coz nak tau price utk deliver n pd masa sama nak scan skali lagi kut2 baby ni nak tunjuk lah kat mama n abah dia, laki ke pmpuan.. jeng….jeng……jeng……..

.

.

.

.

.

Boy @ girl????

Frust…hehe..baby still lagi shy2 xnak tunjuk dia ‘punyer’.malu betul lah..betul2 nak surprise kan mama n abah dia ni… doctor abis telek dah, tak nampak gak.. redha jer lah..kuar nanti lah tau..apepun kami dah prepare nama utk baby boy @ girl..baju pun byk beli yg neutral nyer.. xnak beli pink @ biru jer….hehe…

Baru ni suh gak jiran kat rumah yg ada jadi bidan kt spital dulu rasa perut sbb aku akan rasa sakit sgt2 time nak bangun atau baring..Tuhan jer tau sakit macam mana..nak bersalin x tau lah gane sakit dia.. ni bila baby mengeras tu..aihhh..xleh nak kata apa lah..nak tido pun xleh…tp tu lah pengalaman org pgnant.. . jiran tu cakap kedudukan baby dah ok..kepala dah kat bawah..dah nak msuk ruang pelvis..dan dia ckp gak peranakan rendah sgt..mybe aku kuat jalan sgt kan kat kampus..dia risau bersalin awal jer sbb bawah sgt katanya..ish..risau aku..

Baby jgn kuar awal yer..dekat due nanti kuar lah ye syg.. time ni kena jaga betul2 lah..aku xnak dah lasak2..risau gak, kan nanti duk hostel tiba2 sakit…adui..macam mana cite tu..apepun kena ready dah brg2 kat dalam kete..minggu depan kena basuh dulu semua baju baby yg dah beli tu and masukkan dalam kete…harap2 urusan lps ni dipermudahkan lagi.

Skrg hubby dah keje kat bagan datoh, perak..jauh lah jugak..dalam 8 jam gak lah dari tganu ke sana.. sian dia..tp dari duk kat sabah, aku rasa better dapat semenanjung..blh gak balik in case kecemasan… hari tu dia g perak ngan mber, so xde lah aku risau sgt..dia col bagi tau dah sampai sana, baru lega skit hati..ye lah risau gak sbb dia lalu ikut tasik kenyir tu..jalan pun xbrapa nak ok lagi..(sbb ktorg dah lalu time g Cameron hgland hari tu)…tp hubby ckp nt dia berani je nak balik sorg2..huhu..brani ke abg??? Mtk2 lah baby bagi hint awal2 yer..nt leh ar hubby balik tepat pada masanya… bila hubby dah g sana, aku pun balik lah hostel smula n teruskan hidup sbg student mcm bsa..nasib perut x besar sgt n x lah lelah sgt..tp still kena hati2 and be prepared….

Ok lah..adios amigos…

Wednesday, January 12, 2011

cabaran mendatang........

salam...

mcm biasa kehidupan seorg student merangkap wife yg PJJ..hnya telefon jadi penguhubung... study pun skrg ni x stat mana lagi.. mybe lecturer still dlm mood bz nak handle bermacam2 perkara di tahun baru ni..ye lah..mcm aku dulu keje2 pun awal tahun msti bz nak siapkan report2 n bajet2 yg perlu...arh..rindu lak zaman keje....

skrg, dah almost masuk mggu ke 31 ..lagi 9 minggu anak mama ni nak kuar yer..insyaallah.. semoga diberi kesihatan yg baik spjg study ni..mengelek perut ke sana ke mari.. dan nasib jgk semester ni x byk kuliah yg kena panjat tangga tinggi2.. paling tinggi pun tingkat 2 jer dan nasib baik x brp nak semput..huhu..ye lah nampak jer perut kecik, tp berat jgk bb ni..huhu... semester ni gak x brani nak ambik sbjek byk2, just 5 sbjek jer dan tu pun x ambik yg kena kerah guna mental yg banyak..tp harap nya sem2 akan dtg x clash jadual plak..syg gak nak extend satu sem memandangkan sem depan dikhabarkan stat kuliah bulan 9..jenuh mak duk rumah jer membesarkan bdan kan...

emm..semalam en hubby col bagi tau dia kena posting kat tawau, Sabah.. Ya Allah..hanya tuhan jer yg tau gane rase..kosong rase jiwa..ntah lah..xleh nak fikir rasa..tp dia pun bukan nak pun dihantar ke sana..dan dia dah ckp kat management yg wife tgh sarat pgnant.. ye lah..kita ni pmpn mula lah fikir bukan2 bila suami duk jauh kan..tambah2 plak duk sabah srwak.. dgn keadaan diri mcm ni...mmg always nak hubby kat sisi kan... tp tu lah..x tau nak cakap gane..harap diberi kekuatan dan kesabaran jer oleh Allah..hubby ada ckp n nasihat kat aku, mungkin perancangan yang Allah bagi ni baik utk kami..tp tu lah, x kuat rasa nak tempuhi.. kalu area semenajung, aku leh gak consider kan..ye lah, kita ni dah nak bsalin x lama lagi..in case apa2 leh lah dia balik...semalaman gak aku xleh tido fikir hal ni..bgn pagi mmg dah pening2 lalat rasa... dah lah ada apointment kt klinik utk cek bulanan, nasib darah semua ok..takut gak tekanan drah rndah @ tinggi sbb fikir hal ni...

xpelah..aku kena positifkan diri... mybe ada hikmah disebalik perancangan Allah ni... emm...semalam mmg kuliah xde sbb lec de n pakat ler ngan bdk2 tu g KT..ala, kt KT ni stkat Mydin jer yg besar ckit.. balik, roomate, ct sya yg baru pgnant gak terus jer muntah2 n x larat..sian aku tgk org yg kena morning sickness ni...alhamdulillah Allah x bagi aku rasa teruk2 gitu..disebabkan dia dah lembik ptg tu, we decide nak g klinik umt jer nak suh masuk air & cucuk ubat tahan muntah.first time aku tgk, dah syukur aku x masuk dlm org yg kuat alahan... smg ko kuat2 ye Sya..pjg lagi sem ni..ni lah cabaran org2 pgnant time blajar ni..huhu... time kat klinik, baby mcm gerak2 dgn cepat..hahaha..debor ye syg..xpe..x sampai lagi masa utk baby kuar...hehe..takut kot tgk MA tu..hehe...

cukup lah kat sini aku merepek..korg doa2 kan lah yer hubby aku x g sabah tu.. susah lah jauh2..walau apapun, aku mohon Allah mudahkan semua urusan kami... dan baby...jgn risau yer syg...duk elok2 n sampai masa syg kuar lah yer...

p/s: still not know weather our baby boy @ girl...hehe..mggu dpn nak scan n hopefully dpt tau..

salam sayang...
love icon Pictures, Images and Photos

Monday, January 10, 2011

welcome 2011...

salam uolls..
baru sempat nak update tahun baru ni walau dah masuk hari ke 11.. erm..hari ni 110111.. cantik tarikh ni.. disbbkan terlalu bz & malas nak update, hari ni baru aku merajinkan diri nak tulih kat blog ni...

tahun lepas, 2010..byk kenangan yg aku dah tinggalkan..ada kngn manis & x kurang juga yg pahit & krg manis..huhu..

* awal tahun - still dlm mood tunangan org..excited melampau sediakan keperluan utk
kwin dan prepare ape2 yg patut..huhu. and awal tahun gak bz dgn keje dan meeting yg
melambak kt ofis..time ni dah decide utk further study...sampai bila asyik nak duk
tahap sama je kan..we must do something to change our life!!! yeah...semangat lak
dtg bila kengkawan seangkatan ada niat yg sama utk smbg n pada masa sama family &
tunang bagi full support...

* pertengahan tahun - ready to be a wife to a man that i love so much...
hehe..setelah menyulam chenta selama 4 tahun lebih, akhirnya kami diijabkabulkan...
dan bermulalah hidup sbg suami isteri PJJ sbb time tu aku kat kuantan & dia still
training kat Slgor..then, our life change a month latter lps dpt tau aku baru
pgnant.. Syukur sangat2 Allah bagi rezeki awal kat kami sbb mmg x rancang pun.. and
at the same time, dpt tawaran sambung study kat UMT..hati dah berbelah bagi nak g
ke tak..fikirkan baby in my tummy...dgn duk jauh2 ngan hubby...Tuhan jer yg tau
waktu tu cmne perasaan.. tp alhamdulillah smgt kuat n hubby fully support me ti
further study.. tambah lak U tu kat tganu, so sng apa2 hal family dua2 mmg dah kt
tganu..

* akhir tahun - well, hingga hujung tahun lps mmg segala apa yg aku harap kan berlaku
dan berjalan lancar dgn IzinNya.. Alhamdulillah dipermudahkan semua perkara bagi
kami walau duk rindu rinduan... (org x kawin x tau gane feeling ni tau). & dapat
gak aku rasa jadi isteri yg mnjalankan tugas2 seorg isteri sbb ada gak cuti
semester yg pjg..huhu..and special thanks to my hubby boss coz bagi kami duk kat
rmh cmpany tu..walau sbln, dapat lah aku jg makan minum n basuh baju2 hubby
tu..hehe...

dan pada tahun 2011 ni bermula kembali rutin aku sbg seorg student, merangkap seorg isteri & bakal ibu..huhu..smga dipermudahkan semua urusan aku utk mendapatkan ilmu ni..dan smg diberi kekuatan utk bwk perut yg x brp besar n x brp kecik ni ke mana2... moga2 anak aku ni nanti jadi anak yg soleh/ solehan dan pandai..huhu (9 bulan bawak g kuliah)...and now aku akan sll rasa tendangan yg kuat kat perut aku ni setiap kali dlm kuliah..sian ank mama..mesti x selesa asyik kena duduk jer kan..tp sem ni ambik x byk pun..kesihatan perlu diutamakan.. dan doakan aku selamat melahirkan baby ni bulan 3 nanti yep...


gambar time pregnant 6 bulan..tecik jer perut saya kan..hehe


ok..bubye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...