Tuesday, December 3, 2019

Menara KT Drawbridge Kini Dibuka Untuk Kunjungan

Assalamualaikum w.b.t...

Pembukaan cerita tahun 2019..hehehe..padahal dah masuk bulan 12 dah pun 😞😞... Dek kerana sibuk, mama x sempat nak mengarang di dalam blog kesayangan ni.. 

Ok, kali ni mama nak bercerita tentang mercu terbaharu di bandar Kuala Terengganu ni, iaitu KT Drwabridge (DB) 💗.. Nama rasmi masih belum diumumkan.. Dekat DB ni, dia ada dua menara iaitu, Menara Selatan dengan Utara kalau x silap. Dan menara yang telah dibuka untuk kunjungan orang awam ni di sebelah Selatan ( sebelah Kuala Terengganu).

Hari pertama dibuka (15 September 2019), En Suami awal2 lagi mintak mama ambik cuti..katanya kena g rasmi, tkt lepas ni harga mahal lak...😅

So, pagi2 mama sempat dating dulu dengan abah lepas hantar anak2 g sekolah.Tengahari ambik diorang dan ke rumah Mak Mertua di Seberang Takir. Ajak Mak Tok skali datang naik menara walau dekat aje dengan rumah MIL tu. Dari rumah Seb Takir, kami parking kereta dan jalan kaki lalu bawah jambatan. Sebenarnya, kat bawah jambatan tu, ada tau tempat parking, tp agak terhad sikit lah. x banyak kereta dapat parking situ. Dari tempat parking tu boleh naik tangga naik ke atas jambatan. Then, jalan je atas jambatan tu sambil menikmati angin laut..best oo..dapat tengok bot n kapal lalu..Hafiy dgn Hijaz excited lebih.

 Pengunjung boleh jalan kaki je spjg jambatan. Masa ni agak berjerebu.



 Harga tiket untuk permulaan ni RM 5 untuk semua Warganegara. Bukan Warganegara, harga tiket adalah RM 15 untuk dewasa dan RM 10 untuk kanak-kanak. Macam kami hari tu pergi 8 orang. Hafiy dgn Hijaz x kena sbb dikira baby lagi. Orang masa tu ramai lah jugak.masing2 excited kot nak naikbenda baru..mcm abahnya 😜

Nt dia bagi tiket dan scan sebelum masuk

Tunggu nak naik lif.. ada dua lif x silap.

Wefie dulu..Emm..Hijaz pulak x nampak.

Jom Nikmati Pemandangan dari atas DB

 
Ni Menara sebelah Utara. Akan dibuka restoran kat sini..Nt boleh dating sambut anniversary ke 10 😆

Gambar ni elok cikit

 
Sayup Mata memandang

Dan Lagi
.
.
.
.
.
.
.

Wif Abang Hafiy dan Kakak Iftitah

Mama dan anak3

Abah dan anak3

Mama. Abah dan anak5. Iliya kalau bergambar selalu mcm2 😇

Bersama2 MIL a.k.a Mak Tok dan cucu5


Hmmm... sebab org kat atas dah mcam kurang sikit, kita teruskan sesi wefie 😀😀


Dan Lagi....



Hehehe..puas hati rakam kenangan..Anak2 kecik ni nak ikut lagi mak ayah g jalan2..harap besar2 nanti pun sama lah..

Kat sini jugak ada satu ruang yang kita boleh lalu atas kaca dia tu..Menara Tinjau x silap. Mama jenis penakut mmg x berani pun nak jalan atas tu..Kita akan dapat tgk air terus bawah kita dan pemandangan laut yang terbentang indah.. Subhanallah....

Ok lah, itu saja mama nak kongsi kali ni. Sebelum balik kita wefie sekali lagi berlatar belakangkan DB..hehehe.. So, kawan2 yang nak datang bercuti ke Terengganu tu, jangan lupa deh singgah kat Drawbdirge ini.. Rakamkan Kenangan Indah anda disini..



NEGERI CANTIK, BUDAYA MENARIK
INSYAALLAH ORANGNYA BAIK-BAIK 💗💗💗


Semoga Negeriku Maju, Berkat dan Sejahtera sentiasa di bawah pimpinan pemimpin yang adil dan bijaksana..

Till meet again. Bye









Wednesday, January 24, 2018

KEMBALI BERSUA....

Assalamualaikum w.b.t..

MasyaAllah..lamanya x mencoret dalam blog nih..rindu nak menaip kat sini sbnrnya..tapi apakan daya..masa selalu x cukup..Benarlah semakin hampir ke penghujung dunia ini, kita sering merasa tak cukup masa.. 😞😞

Cerita diri mama sekarang (k..senang bahasakan diri mama kan sbb dah ada anak2).Alhamdulillah skrg dah duk dekat dgn suami, tp still PJJ, cuma jarak dekat sikit lah..dan dapat jmpa time hujung minggu jer. Suami skrg keje dkt kemaman, syukur sgt2..Ingat zaman dulu2 betapa siksanya nak mengharungi hidup sorg2, nak besarkan anak2..Allah je tahu.. Tapi betullah, Allah uji kita ni setakat mana kita mampu je..semakin dia uji kita, makin kuat kita akan rasa... Sebab tu lah aku rasa kuat nak besarkan anak2 even suami duk jauh..

Alhamdulillah,,,tahun lepas dapat lagi sorg baby..hehehe..rezeki Allah nak bagi..Baby ke empat kami Alhamdulillah dapat boboi..blh lah teman mama nanti..kakak2 nt kawin semua ikut suami..harap adik je lah.. (ayt sedih)..Baby boy ni mama dan abh bagi nama Muhammad Hafiy Muhaimin..memang mama x sangka dapat ank lelaki sbb 3 kali scan kut, semua doc x npk jantina dan besar kemungkinan doc kata pmpn..tp time scan sokmo doc x nak bagitau.mgkin sbb takut mama sedih..hehehe..Tp mama terima je laki atau pmpn, asal sihat sempurna.. Mmg kelahiran hafiy ni cukup2 suprise..3 hari kut mama sakit main2..xde tanda apa n x tau btl2 nak bersalin ke tidak..tup2 g nak bersalin dan syukur lepas 2 3 jam je admit, terus bersalin..masa keluar tu, abah excited sgt2 sbb dia yg dpt tgk jantina adik dulu..siap tlg tutup mata mama kunun2 nak buat suprise.. bila mama tnya laki ke pmpn, doc tnjuk "bebird" 😜😜..hehehe..syukur sgt...

Mama pun syukur sangat adik hafiy sgt senang utk mama jaga..macam husna jgk..x byk kerenah n indipendant..Tapi baru ni dugaan kena tahan kat ward HSNZ, jangkitan kuman di paru-paru..Batuk lama dan x keluar kahak..sian dia kena tahan wad & on antibiotik..selepas 3 hari keluar wad..

Kakak2 dah besar2 semua...Iftitah dah sekolah darjah 1, husna 5 tahun, iliya 4 tahun..dua2 hantar kat tadika..bagi diorg terdedah cikit dgn kawan2 dan belajar disiplin..

K lah, nt mama coret lagi kat sini...nak balik dah..hari ni tganu balik awal (khamis, balik 3.30 ptg)...Kejap lagi nak g rmh abah dkt kijal, g hirup udara sana lak.hehehe..nt ada masa mama sambung lagi cite2..
 Bisness sampingan family...telur itik masin...

Sunday, January 10, 2016

berubah angin lagi???

Assalamualaikum w.b.t

Lamanya aku tinggalkan blog ni..penuh dengan sarang labah-labah..hahaha.. dekat 2 tahun lebih kot xde apa2 berita update dlam blog ni..dalam tempoh masa 2 tahun ni, macam-macam kejadian dah terjadi..
apakah itu??? jeng..jeng..jeng...

Sebenarnya xde mood pun nak mencoret dalam blog ni..tp bila baca kisah-kisah lama..alahai..syoknya bila dapat mengimbau kenangan lama-lama. Aku x kisah pun xde org baca sebab aku punya prinsip, blog ini sebagai tempat aku berkongsi kisah hidup utk tatapan pada masa akan datang..hehehe..

OK.. Alhamdulillah, bila baca entry lama2 aku, sebenarnya menjadikan aku lebih positif dan berserah sepenuhnya kebergantungan aku pada Allah S.W.T.. banyak nikmat-nikmat yang Allah dah beri pada aku.. apa yang aku mintak, alhamdulillah semua ditunaikan olehNya.. Tapi aku sebagai makhluk ni, masih lagi belum dapat jadi yang lebih baik..Astaghfirullah halaziim...

Iftitah & Husna duk tgk org korban lembu...

Alhamdulillah.. dua orang puteri aku dah pun besar..sekejap je rasa masa berlalu.. Iftitah dah nak masuk 5 tahun, Husna dah nak masuk 3 tahun..Dua-dua dah hantar ke Tadika dan Pre Tadika.. Xde tambah anak lagi ke???hehehe..jeng..jeng..jeng.. 



Anak aku dah 3 org dah..dan ketiga-tiga adalah perempuan..huhuhu..xde rezeki lagi nak dapat anak laki.. Anak no 3 aku, Nur Iliya Madihah, dilahirkan pada 4 Ogos 2014..dah nak masuk 2 tahun dah..hihihi..betapa lamanya kan aku x update..tiga org ni lah pelembut hati mama & abah..penawar kami ketika duka lara dan pengikat kasih sayang kami suami isteri.. Ada waktu baik sgt2 tiga org ni..ada waktu gaduh xleh duk dekat..hahaha..masing-masing ada karektor tersendiri..kakak macam biasa lah si manja yang still tido kena duk sebelah mama..nak apa2 kena ada mama..husna pulak jenis yg very independent.. masa kecik pun dia nangis time nak susu jer..cuma dah besar ni adalah sikit peel suka mengamuk bila x kena dengan angin dia..well, anak no 2 memang unpredictable..huhu Iliya pulak manja jgk, mcm kakak n quite jelous kalau kakak2 dekat dengan mama..umpamanya mama is her's belong..hihih..macam-macam ragam sebenarnya nak membesarkan anak2 ni..

Anak dah 3..so sekarang duk mana lak??Alhamdulillah..puas dah merantau duk negeri org..akhirnya Allah beri rezeki untuk duk di terengganu.. Negeri Cantik, Budaya Menarik..Insyaallah, Orangnya Baik-baik...(promote negeri sndiri nmpk).. Masa sebulan sebelum iliya lahir, dapat surat pertukaran ke Terengganu.. Syukur sangat2..al maklumlah masa tu tgh sarat mengandung anak no 3, suami still dekat Kulim.. aku dekat Ipoh, jaga Kakak dgn Husna sorg2..memang satu rahmat sgt dapat tukat ni..  Akhirnya, dapat jugak duduk kat rumah sendiri..Even still berjauhan dengan suami, almost 6 years kawin, still PJJ..nak buat mcm mana kan..Kita hanya merancang, Allah adalah sebaik-baik perancang.. semoga ada sinar kebahagian buat kami sekeluarga untuk tinggal sebumbung.. Semoga dipermudahkan segala urusan olehNya..

K..till meet again next time..daaa...

Buah hati kami......
strawberry girls...

Gambar raya tahun lepas..



Monday, April 28, 2014

bersua kembali...

Asssalamualaikum...

Hai uolls..lama betul tak bersiaran..huhuhu..
buat2 busy dgn keje tambah lak nak menguruskan anak sorang2..
Bila lah dapat tukar ke Terengganu..
uolls tolong la doakan i yer... bila duk berjauhan dgn suami ni, mcm2 dugaan kena hadapi sorg2..
Hanya doa yang mampu dipanjatkan hari2..
Bagi orang tak merasa, memang xtahu perasaan kita..semoga ada rezeki anak ke 3 ni..amin...




ok lah..semoga bulan2 mendatang, akan dapat news yang baik..doakan kami ye semua....




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...